Kelas Design Baju Online
14 Jun 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 13 Jun 2016, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan kelas design baju online yang meliputi pembelajaran website dan juga multimedia. Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini telah disertai oleh 13 orang peserta yang merupakan ahli PI sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai cara-cara untuk mereka cipta cetakan baju agar menjadi lebih menarik dengan menggunakan idea mereka sendiri. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: